Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Prasekolah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Pahang
Email: prapahang@gmail.com

                                         Kata-kata Aluan Ketua Unit

     Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, laman web Unit Pendidikan  Awal Kanak-kanak dan Prasekolah dapat diakses oleh semua.  Selaku ketua unit, saya sesungguhnya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bersama-sama menggerakkan unit ini ke arah kemajuan teknologi yang sejajar dengan hasrat kerajaan kita.

     Di dalam era teknologi maklumat ini, laman web menjadi sumber yang amat penting untuk mendapat segala maklumat yang kita perlukan. Semoga dengan kewujudan laman web ini, dapat dimanfaatkan sepenuhnya  sejajar wawasan pembangunan dan ledakan teknologi maklumat terkini dalam era globalisasi.

     Tahniah dan syabas di atas usaha gigih ini dan selamat melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.